Enter content here
Enter content here
Enter content here
SIAPAKAH dapat menafikan kepentingan membaca sebagai wadah menimba ilmu?
Hakikatnya, membaca bukan saja memberi banyak manfaat, malah membuka minda selain mengubah paradigma untuk meneroka masa depan.
Kepentingan membaca di kalangan masyarakat wajar dipupuk menerusi pelbagai mekanisme, antaranya menerusi peranan media massa, pelaksanaan kempen dan sebagainya.
Lebih penting lagi, memulakan tabiat membaca di kalangan generasi muda bagi membantu mereka menambah pengetahuan sedia ada, bukan hanya menumpukan perhatian kepada bahan bacaan hiburan semata-mata.
Mereka golongan sasaran utama yang perlu dibantu supaya meminati bahan bacaan bermanfaat kerana terbabit sepenuhnya dengan dunia ilmu.
Justeru, kemampuan memilih bahan bacaan betul adalah penting supaya mereka tidak terjebak dengan bacaan yang tidak boleh membantu mengembangkan informasi dan minda.
Selain itu, suntikan semangat melalui pelbagai slogan seperti 'membaca jambatan ilmu,' 'ilmu pelita hidup,' dan sebagainya juga boleh membantu menjana minat suka membaca.
Perlu diingat, golongan muda perlu digerakkan dengan pelbagai cara atau promosi untuk memperkukuhkan minat dalam beberapa aspek.
Tanpa sokongan mahupun panduan betul, mereka akan mudah lalai sekali gus merencatkan usaha menuju kebaikan yang dirangka bagi manfaat mereka.
Ini juga bagi memastikan mereka tidak teraba-raba mencari infomasi sesuai yang boleh dimanfaatkan bagi meluaskan pengetahuan sedia ada. Yang penting ada tata cara betul bagi mendidik minat itu.
Antara langkah utama ialah menubuhkan perpustakaan sebagai pusat sumber ilmu setempat untuk memudahkan mereka membaca, mencari maklumat dan mengulang kaji.
Ia juga sebahagian alternatif berguna bagi membantu golongan itu daripada terjebak gejala sosial kerana mereka ada tempat untuk dituju bagi mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah.
Selain itu, pengenalan Program Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) sejak beberapa tahun lalu dengan pelbagai insentif termasuk anugerah Nilam di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan boleh menggalakkan lagi amalan membaca di kalangan golongan pelajar.
Sebagai guru, menjadi tanggungjawab saya mengingatkan pelajar untuk menjadikan membaca itu satu tabiat wajib tiap hari tanpa mengira masa dan lokasi.
Bagaimanapun, sikap menolak atau tidak suka membaca kini menjadi ancaman kepada sebahagian besar pelajar hari ini.
Memang kecewa apabila melihat mereka lebih suka menghabiskan masa dengan sia-sia sama ada berborak kosong atau menonton televisyen.
Lebih menyedihkan apabila mereka lebih gemar membeli atau menumpukan perhatian pada bahan yang tiada kaitan dengan pelajaran seperti komik dan novel picisan berbanding buku akademik.
Bukan tidak boleh membacanya namun, ia tidak membantu mengembangkan minda sedangkan salah satu matlamat membaca adalah untuk memperkukuhkan ilmu dan kemahiran berfikir secara kreatif, kritis selain membantu dalam peperiksaan.
Sokongan ibu bapa juga dialu-alukan seperti kerap membelikan buku bacaan berfaedah atau rajin membawa ke gedung buku. Ini secara tidak langsung boleh mencambah minat selain memantapkan kemahiran dalam pencarian ilmu.
Oleh itu sekiranya ada tanggapan berbeza mengenai kepentingan membaca ini, ia perlu diubah kerana hanya dengan pembacaan saja, pencarian ilmu, pembinaan minda serta kemahiran akan tercapai.