Enter content here
Enter content here
Enter content here
Budak bijak perlu dipantau
Dalam akademik, kepandaian itu turut melangkau pencapaian pelajar lain. Tanpa bersusah payah, mereka mampu memperoleh keputusan cemerlang.
Bagaimanapun, mereka mudah bosan, terkongkong dan tertekan kerana bukan saja terpaksa memenuhi harapan orang lain tapi perlu menyesuaikan diri dengan rakan lain bertahap sederhana jika diletakkan dalam kelas sama.
Ia pasti mengundang cabaran selain persoalan, bolehkah mereka bertahan serta menyesuaikan diri dengan situasi biasa dalam keadaan diri berbeza.
Pakar kanak-kanak terkemuka dunia, Dr Thomas Armstrong, berkata kepandaian bukan sesuatu yang perlu ditakuti tapi mesti sentiasa diasah, dijaga serta memerlukan pemantauan berterusan.
Menurutnya, bukan semua bertuah dikurniakan kebijaksanaan tahap genius atau mempunyai tahap kecerdikan (IQ) tinggi.
"Hanya yang terpilih saja mempunyai keistimewaan ini.
Mereka bertuah namun jika tidak digunakan dengan betul, boleh menyebabkan kehidupan bertukar sengsara.
"Bukan mudah memuaskan hati semua pihak, banyak faktor perlu dikaji seperti harapan ibu bapa dan kehendak diri sendiri.
"Persoalannya, apakah keistimewaan itu benar-benar istimewa ataupun hanya bebanan.
Yang menjadi mangsa, pasti mereka yang memilikinya," katanya.
Mereka yang dikategorikan bijak dikatakan memiliki IQ pada tahap 175 ke atas, sentiasa kreatif dan mampu berfi kir lebih daripada kemampuan manusia biasa.
Antara mereka yang terkenal kerana mempunyai kebijaksanaan dan kepandaian luar biasa ialah pelukis Picaso, komposer Mozart dan saintis Albert Enstein, dan juara catur dunia, Bobby Fischer.
Bagaimanapun, Dr Armstrong menegaskan secara semula jadinya, kanak-kanak memang dianugerahkan kepandaian dan kebijaksanaan.
Malah dia percaya, setiap mereka mempunyai kemampuan dan daya fi kir tersendiri yang digunakan bagi menjana pembangunan dan penerokaan Budak bijak perlu dipantau diri terhadap persekitaran.
Menurutnya, defi nisi bijak bukan hanya merujuk kepada kemampuan minda untuk berfi kir malah meliputi segala aspek mencakupi kapasiti diri menyerap maklumat sepanjang tempoh tumbuh pembesaran.
"Kejadian manusia memang unik kerana disertakan dengan kemampuan minda untuk menyerap pelbagai maklumat sepanjang tempoh pembesaran.
"Defi nisi bijak luas kerana wujudnya elemen sampingan seperti kreativiti, bakat, kapasiti diri dan sebagainya. Tidak mustahil golongan sederhana boleh mencapai standard bijak walaupun bukan genius.
"Cuma bezanya, ada golongan bijak secara semula jadi manakala yang lain perlu berusaha untuk jadi bijak," katanya.
Golongan bijak semula jadi terutama pelajar memerlukan tunjuk ajar, sokongan dan bimbingan berterusan bagi mengelakkan kecelaruan diri atau hilang arah hidup.
"Inilah cabaran berat golongan ini terutama jika masih belajar.
"Jika tidak dipantau, natijahnya buruk. Berbeza golongan satu lagi, mereka tidak terlalu tertekan, mempunyai pilihan terhadap diri sendiri selain tidak perlu bersaing membuktikan kepandaian.
"Sudah tentu senario itu memberi kelebihan. Saya berpendapat, meskipun ramai bercita-cita menjadi genius, kemampuan menjana dan menyesuaikan kelebihan diri sendiri adalah lebih baik," katanya.
Ibu bapa, budaya, sekolah, rakan dan persekitaran sering membuat perbandingan dan masih memandang tinggi kemampuan pelajar ini tanpa mahu mengambil kira keperluan emosi dan fi zikal.
Ini mengurangkan kualiti kerana kerap diasak dengan pertanyaan, ujian dan pujian melambung.
"Senario itu bukan luar biasa.
Saya berpendapat ia bukan saja boleh mencantas tapi membunuh keistimewaan pelajar terbabit.
"Sepatutnya mereka tidak ditekan, dibiarkan membentuk pengembangan kebolehan diri dengan cara sendiri tapi mendapat sokongan padu pelbagai pihak.
"Melalui cara itu mereka bebas mencorakkan masa depan dan dapat menggunakan kapasiti IQ pada tahap maksimum," katanya.
Beliau berkata, ibu bapa atau masyarakat seharusnya memberi ruang kepada golongan ini untuk berdikari dan menjalani hidup normal.
"Semua manusia mempunyai keistimewaan, kemampuan diri dan bijak cuma dalam konteks berbeza.
"Mereka perlu dilayan seperti manusia normal lain bagi meningkatkan kebijaksanaan pada tahap optimum," katanya.
Profesor Psikologi di Hope College, Holland, Mochigan Dr David G. Myers, berpendapat, golongan kanak-kanak khususnya boleh menyerlahkan kreativiti mereka dalam pelbagai cara.
Menurutnya, tidak semestinya jika pasif dalam akademik bermakna tidak bijak dalam aspek lain.
Malah, beliau menegaskan, berdasarkan kajian Harvard University, hanya lima peratus kanak-kanak bijak, selebihnya menjadi bijak kerana pandai menyesuaikan diri dan menggunakan kemahiran meneroka persekitaran.
"Kebijaksanaan ini dapat dilihat melalui cara pergaulan, bakat, pertuturan dan emosi.
"Ini memerlukan usaha berterusan.
Justeru, jangan putus asa jika ada mengatakan, 'anda kurang bijak kerana gagal dalam akademik'," katanya.