Enter content here
Enter content here
Enter content here
Cuba baca ni
------
Related to an email circulating around about Sun rising in the west on Mars, retrograde and end of the world
Assalamualaikumwbt
Permasalahan berkenaan email tersebut sebenar dah bermula sejak tahun 2003 lagi. Pada masa tu, Marikh berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi setelah beberapa puluh ribu tahun (masa istiqbalnya). Ketika itu email tersebut menyatakan Marikh akan berhenti bergerak ke seketika pada 30 Jun ( sekitar tarikh posisi Istiqbal Marikh), dan kembali normal selepas tarikh tersebut.
Kemudian tahun 2004, muncul lagi sekali email tu, tapi dengan tambahan sikit. Email tu tulis, fenomena itu berlaku hasil kajian NASA yang menghantar robot ekplosari opportunity! Pulak dah...Kemudian tahun 2005 ni muncul lagi, cuba tengok sisipan versi email tu di bawah"The science of astronomy states that the speed of planet Mars has been decreasing in its course toward the eastern direction in the few past weeks to the level we notice the "waver" between the east and the west..and on Wednesday the 30th of July the planet movement stopped going toward the eastern direction.. Then in the months of August and September...Mars changed its course in the opposite direction to the West- and that until the end of September..which means the sun will rise now from the west on Mars!! And this weird phenomena of the opposite movement called "Retrograde Motion" Most scientist state that all the planets will go through the same once at least and our planet Earth is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction some day and the sun will rise from the west!! This might occur soon and we are unaware! The rise of the sun from the west is mentioned in the hadith and this is the major sign of the day of judgment, most if not All, the minor signs have occured. Wake up. Our beloved messenger Mohamed (Peace Be Upon Him) said: "One of the signs of the hour..the sun will rise from the west, where no longer tauba (forgiveness) will be granted" !! And the strange thing..most of our Shariah scholars mentioned that the rise of the sun from the west occurs only once..on that day..the sun will rise from the west..then again from the east..and continues until Allah wishes..and this is similar to what is happening to Mars..it stops, then it changes its course of direction for a short period of time..then returns to way once it was. And Abdullah Bin Amro (R.A.) said: (I memorized from the messenger (SAW) a hadith I will never forget..I heard the messenger of Allah (SAW) say: The first aya to come the rise of the sun from the west) [Ahmad] And the messenger SAW "Allah (SWT) places HIS hand at night to forgive his morning sinners, and places in the morning to forgive his night sinners until the sun rises from the west" [Muslim] This piece of news is very important as it brings with it a great sign of warning and remembrance of the coming of a new WORLD - the world of the Hereafter And it is also good material for calling others to ALLAH s.w.t. - whether for muslims, the unwary of us or the kufar. When we show this hadith that was told 1400 years ago about this miracle..you will see InshaALLAH, a lot will enter this beautiful religion...And the muslims if they see this phenomena happening in Mars..who knows maybe it would bring them closer to our CREATOR. May Allah (swt) keep all of us in the Right path and provide us with success in this world as well as in the hereafter. "
Kita harus faham fakta sains secara jelas sebelum membuat sebarang rumusan dan menyebarkan berita ini kepada orang ramai, seterusnya memalukan umat Islam itu sendiri!
Perkara pertama yang harus faham ialah berkenaan putaran paksi planet-planet. Semua planet (kecuali Zuhrah) berputar dari barat ke timur, ikut arah lawan jam jika dilihat dari kutub Utara). Disebabkan putaran atas paksi inilah, yang mennyebabkan semua objek di langit, bulan, bintang, matahari terbit di timur dan terbenam di barat. Cuma posisi terbenam matahari tidak semestinya tepat di barat, bergantung kepada kecondongan paksi sesebuah planet.
Rujuk artikel yang cukup bagus dari laman web KUSZA yang bertajuk matahari terbenam Vs Arah Kiblat di
http://imran.kusza.edu.my/miqat/index.php?link=64
Putaran ini juga yang menghasilkan fenomena yang dipanggil siang dan malam!
Perkara kedua ialah laluan planet-planet di orbitnya. Semua planet mengelilingi matahari di dalam orbit masing-masing pada jarak tertentu. Lebih dekat planet itu mengorbit matahari, lebih pantas ia bergerak di dalam orbitnya dan melengkapkan satu pusingan keliling matahari.
Pergerakan orbit ini tidak menyebabkan siang dan malam, ia cuma effect pada musim, dan perubahan posisi buruj-buruj di langit. Kita boleh bayangkan semua planet sedang berlumba di atas trek lumba lari 400 meter! Jika semua bermula serentak pada garis permulaan yang sama, planet yang paling ke-dalam akan menang dulu!
Perkata ketiga ialah fenomena retrograde. Sebelum saya pergi jauh ke dalam lagi, ada satu fakta yang kita kena faham, objek-objek sistem suria kita, matahari, bulan dan planet, sebenarnya bergerak ke arah timur pada hampir sepanjang masa, relatif kepada kedudukan buruj-buruj
di langit. Ini bermakna, sebagai contohlah, hari ini jika kita pandang ke Timur dan melihat buruj Orion, dan kelihatan juga planet Zuhal berada di atas buruj Orion, beberapa bulan yang akan datang, jika kita pandang ke buruj Orion tersebut, kita akan dapat lihat Zuhal sudah bergerak dan berada di sebelah bawah Orion pula. Sama juga kes dengan Bulan, hari ini bulan sabit berada di barat, dalam masa 7 hari, bulan separuh dah berada tegak atas kepala, 7 hari lagi, bulan penuh dah berada di timur pulak! Itu jelas menunjukkan pergerakan timur relatif kepada bintang-bintang.
Perkara ini adalah normal dan berlaku tiap-tiap hari, cuma kita perasan tak perasan je.
Berbalik kepada fenomena retrograde, ia sebenar satu ilusi langit, yang mana planet-planet luaran (outer planets) spt Marikh, Musytari, Uranus, Neptune dan Pluto, yang apabila ketika normal bergerak arah timur (relatif kepada bintang) tiba-tiba kita nampak seperti ia semakin perlahan dan berhenti, kemudian bergerak ke barat (relatif kepada bintang) buat beberapa ketika, kemudian berhenti kembali, dan bergerak kembali ke arah timur (relatif kepada bintang). Keseluruhan fenomena ini mengambil masa 2,3 bulan.
Apakah yang sebenarnya berlaku?
Cuba kita ambil kes Bumi dan Marikh. ketika ini Marikh berada jauh di hadapan kita di dalam orbitnya, Bumi sedang mengejar Marikh. Disebabkan Bumi mempunyai orbit ke-dalam dari Marikh, maka lambat laun Bumi akan berjaya memotong Marikh. Ketika ia hendak memotong, Marikh akan kelihatan seperti semakin perlahan, ketika ketika Bumi memotongnya, iaitu masa posisi Iqtisbal, Marikh akan kelihatan seperti tidak bergerak (berhenti), kemudian bila kita dah semakin jauh meninggalkan Marikh di belakang, ia akan bergerak normal kembali ke timur.
Tak faham? Cuba tengok animasi di website di bawah:
http://www.astro.uiuc.edu/projects/data/Retrograde/
http://www.flex.com/~jai/astrology/retrograde.html
http://mars.jpl.nasa.gov/allabout/nightsky/nightsky04.html
Oleh itu, jelas isi email yang tersebar luas itu , mempunyai fakta-fakta salah yang dicampuradukkan! Ayat "Most scientist state that all the planets will go through the same once at least and our planet Earth is one of them" adalah salah kerana fenomena retograde bagi Marikh berlaku hampir setiap 2 tahun, manakala bagi Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune dan Pluto berlaku setiap tahun! Dan jika kita berada di atas planet Zuhrah, kita akan dapat lihat Bumi pula yang mengalami fenomena yang sama. Ayat "Planet Earth will move in the opposite direction some day and the sun will rise from the west" cukup mengelirukan kerana pergerakan planet di atas orbit tidak menghasikan fenomena terbit terbenamnya matahari. Putaran bumi atas paksilah yang menyebabkan ia berlaku demikian.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, berita perihal matahari terbit di barat hasil fenomena retrograde ini , mempunyai fakta-fakta salah, mengelirukan. Mungkin penulis asal email ini berniat baik untuk mengingatkan kita perihal tanda-tanda besar Kiamat, tetapi jika tujuan asal penulis ini adalah untuk mengelirukan umat Islam, dan menyebarkan berita-berita pelik tanpa asas kepada umat Islam, saya berpendapat penulis tersebut hampir berjaya, berdasarkan berapa ramai orang yang telah menerima dan menyebarkan email tersebut!
Semoga penerangan ringkas ini dapat menejaskan segala kebuntuan dan kekeliruan di dalam diri kita. Sebar-sebarkan email ini bagi menangkis segala dakyah palsu yang telah tersebar luas.
Segala kekurangan adalah dari diri saya sendiri, yang Haq dan baik
adalah kepunyaan Allah SWT semata-mata.Waulahualam
Ahlil-Falak