Make your own free website on Tripod.com

Enter content here

Enter content here

Enter content here

 
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada para guru dan guru-guru yang pernah mengajar saya ....Cikgu Shamsudin, Cikgu Badariah, Cikgu Ramlah, Cikgu Sahamat, Cikgu Karim, Cikgu Mat, Cikgu Barkawi, Cikgu Kamal, Cikgu Hatijah, Cikgu Sukini Dahlan, Cikgu Mustafa, Cikgu Fadzillah, Cikgu Habsah, Cikgu Mat Tap, Cikgu Zaleha On dan semua guru yang tidak dapat saya nyatakan di sini yang pernah mengajar di Sek. Kebangsaan Sungai Bunyi, Sekolah Agama Sungai Bunyi, Sekolah Dato' Ali Haji Ahmad dan Sekolah Dato' Penggawa Barat....Termasuk pensyarah-pensyarah di UITM Shah Alam, pensyarah-pensyarah di UPSI dan ITTAR cawangan Alor Setar...........Jasa kalian tetap saya ingat dan kenang.........
                                      
 
                                       GURU OH GURU
                                       USMAN AWANG
 

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979