GEOGRAFI STPM KERTAS 1 DAN 2

soalan 1 - perlombongan
Home
GEOGRAFI KERTAS 1
GEOGRAFI KERTAS 2
SOALAN SOALAN STPM 2005 - 2010

Pilih sebuah negara di Asia Pasifik.

a) Huraikan empat sumbangan aktiviti perlombongan petroleum kepada pembangunan sosial dan ekonomi kawasan sekitar.                                                 (12 markah)

b) Bincangkan enam kesan pengeluaran pelbagai sumber tenaga terhadap alam   sekitar                          (13 markah) Edit Text

 
 

Cadangan jawapan.

 

a) Huraikan empat sumbangan aktiviti perlombongan petroleum kepada pembangunan sosial dan ekonomi kawasan sekitar.

 

- pilih sebuah negara

Sumbangan

  1. mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan mengubah struktur ekonomi daripada tradisional kepada moden – daripada pertanian kepada perkhidmatan dan perdagangan- contoh di Kerteh.
  2. mewujudkan rantaian industri yang khusus – yang menggunakan petroleum sebagai bahan mentah. Contoh petrokimia, pemprosesan gas asli dan lain lain. Contoh di Port Dickson.
  3. mewujudkan peluang pekerjaan. Contoh di Kerteh, Miri
  4. Meningkatkan nilai hartanah – contoh – Kerteh
  5. mewujudkan bandar bandar baru dan terancang. Contoh di Kerteh
  6. Mewujudkan infrastruktur lengkap. Contoh di Kerteh.

 

 

b) Bincangkan enam kesan pengeluaran pelbagai sumber tenaga terhadap alam sekitar

 

  1. kemusnahan ekosistem akuatik – di pelantar cari gali petroleum. Pencemaran, tumpahan minyak – ganggu hidupan karang dan hidupan laut. Contoh di Kerteh
  2. pencemaran udara – pembebasan pelbagai jenis gas pencemar. Contoh gas??? Pencemaran udara akibat industri pemprosesan contoh di Paka dan Kerteh.
  3. Peningkatan suhu mikro – pengeluaran haba akibat pembakaran berlebihan – Kerteh
  4. kerosakan ekosistem hutan – kepupusan ekologi hutan, gangguan rantaian makanan akibat jana kuasa hidro elektrik.contoh di Empangan Temenggor.
  5. Hakisan tanah dan tanah runtuh. Proses pembinaan empangan, laluan lori, bukit di potong dan hutan dimusnahkan – contoh pembinaan empangan Kenyir
  6. Pencemaran sungai – bahan bahan hakisan dimendapkan menjadi kelodak. Dasar sungai cetek, banjir dan sebagainya. Contoh sungai Perak akibat pembinaan empangan Chendroh.