Make your own free website on Tripod.com

GEOGRAFI STPM KERTAS 1 DAN 2

soalan 1
Home
GEOGRAFI KERTAS 1
GEOGRAFI KERTAS 2
SOALAN SOALAN STPM 2005 - 2010

a) Jelaskan empat sebab kadar pertumbuhan penduduk dunia bertambah dengan pesat sejak 1950 sehingga 2000. (15m) 
b) Berikan lima sebab perlunya kadar pertumbuhan penduduk di sesetengah negara di dunia diperlahankan.                 (10 m)
 

ISI ISI PENTING
 
FAKTOR PENINGKATAN KADAR PERTAMBAHAN PENDUDUK 1950  - 2000
 
1. peningkatan kadar kelahiran dan penurunan kadar kematian yang disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi perubatan dan peningkatan tahap kesihatan. Ia dapat mengawal penyakit, mencari vaksin dan mengurangkan kematian bayi. contohnya negara Malaysia.'
 
2. tahap kesuburan wanita yang tinggi. Faktor yang meningkatkan tahap kesuburan ialah berkaitan dengan amalan perkahwinan muda. Selain daripada itu ramai penduduk dalam kumpulan umur produktf. Perkahwinan awal meningkatkan kadar kesuburan dan meningkatkan kelahiran. contohnya negara India dan Pakistan.
 
3. Kegagalan program perancangan keluarga. Hal ini kerana halangan agama, adat dan sistem sosial. Tahap pendidikan yang rendah juga menyebabkan program perancangan keluarga gagal mencapai matlamat. Contoh di Indonesia.
 
4. Pertambahan pengeluaran sumber makanan. Hal ini dapat mengatasi masalah kekurangan makanan. tiada lagi masalah kebuluran dan kekurangan zat. oleh itu taraf kesihatan bertambah baik. kematian dalam kalangan bayi dan kanak-kanak berkurangan dan meningkatkan jangka hayat penduduk. contoh di India
 
5. Kestabilan politik selepas perang. Kerajaan mengubah polisi kependudukan ke arah pertambahan penduduk dan kemajuan ekonomi. ekonomi yang bertambah baik dan politik yang stabil meningkatkan jumlah penduduk. contoh Malaysia.
 
 
MENGAPA KADAR PERTAMBAHAN PENDUDUK PERLU DIPERLAHANKAN.
 
1. mengatasi masalah kekurangan makanan. Contoh Somalia.
2. mengurangkan tekanan terhadap sumber alam. Contoh Indonesia
3. mengurangkan masalah pengangguran, kemiskinan dan taraf hidup rendah. Contoh Thailand
4. mengurangkan kesan pencemaran dan kerosakan terhadap sumber alam. contoh Indonesia dan China
5. mengurangkan kemerosotan taraf sosial seperti pendidikan dan kesihatan. contoh Bangladesh