Make your own free website on Tripod.com

GEOGRAFI STPM KERTAS 1 DAN 2

MIGRASI
Home
GEOGRAFI KERTAS 1
GEOGRAFI KERTAS 2
SOALAN SOALAN STPM 2005 - 2010

1.4       MIGRASI

 

1.4.1   Jenis migrasi

 

a)         Migrasi dalaman

     Perpindahan penduduk melintasi sempadan dlm sesebuah negara (daerah, luar bandar, negeri, bandar dan sebagainya.

 

b)         Migrasi antarabangsa

     Perpindahan melibatkan sempadan politik antarabangsa (negara, benua).

 

1.4.2    Jenis migrasi dalaman

 

1.            Luar bandar ke bandar

2.            Bandar ke bandar

3.            Bandar ke desa

4.            Luar bandar ke luar bandar

Faktor mempengaruhi migrasi dalaman

 

    Ekonomi – peluang pekerjaan lebih lumayan

    Sosial – melanjutkan pelajaran ke IPT

    Bencana alam – banjir/tanah runtuh

    Dasar kerajaan – program pembangunan wilayah (FELDA,FELCRA), polisi pembandaran.

 

Kesan migrasi dalaman

 

Positif

 

    Meningkatkan pembangunan sumber alam di tempat destinasi.

    Kurangkan masalah kependudukan di tempat asal.

 

Negatif

 

    Tekanan terhadap sumber alam – tanah.

    Pencemaran & kerosakan sumber alam.

    Kepupusan sumber.

    Masalah ekonomi – pengangguran, taraf hidup rendah, pendapatan menurun, krisis tenaga kerja.

    Kesan sosial/ jenayah- setinggan, dadah, samun, ragut.

    Pembaziran sumber (tempat asal).

 

1.4.3    Kemahiran amali – Guru membimbing murid cara memplot peta aliran & mentafsir

                                               data

 

1.4.4    Migrasi antarabangsa semasa

 

1.4.4.1 Pola

 

i)          Arah aliran

 

  Hasil MOU (Malaysia & Vietnam) – persetujuan bawa masuk buruh Vietnam untuk sektor pembinaan - buruh Indonesia untuk sektor pembinaan, perladangan, pembantu rumah.

  Penduduk Asia ke Australia – bekerja & menetap di Australia.

 

ii)         Isipadu aliran (jumlah)

 

  Indonesia paling ramai (83%), diikuti Bangladesh, Thailand, Filipina, India &  Myanmar.

  Jumlah  imigran dianggarkan 1.25 juta.

 

iii.)       Komposisi aliran

 

  Golongan umur 20 – 40  tahun.

  Lelaki – sektor pembinaan, kilang & perladangan.

  Perempuan – pembantu rumah, kilang.

 

1.4.4.2  Faktor mempengaruhi migrasi antarabangsa semasa (khusus merujuk Malaysia)

 

     Ekonomi stabil

     Peluang kerja dan gaji tinggi

     Krisis ekon di negara asal

     Nilai mata wang tinggi di M’sia

     Pembangunan ekon meningkat tetapi kurang buruh

     Sosial

     Budaya serumpun/sama (agama & budaya)

     Hubungan persaudaraan yang telah wujud

     Dasar Kerajaan

     Dasar utk meningkatkan sektor pertanian – buruh diperlukan

     Adanya MOU & hubungan diplomatik

     Politik

     Letakan berhampiran & jarak dekat

     Ketidakstabilan politik negara asal

     Bencana alam

     Gempa bumi, tsunami, gunung berapi, banjir

 

1.4.4.3 Kesan migrasi antarabangsa terhadap negara yang ditujui (Cth: Malaysia)

 

Positif

  Penawaran tenaga buruh ramai bagi menjana pembangunan.

 

Negatif

  Masalah sosial/jenayah.

  Kesesakan lalulintas.

  Setinggan (Sg Damansara).

  Pencemaran (udara,tanih, air).

  Kesihatan (wabak penyakit).

Latihan kendiri

 

1. a ) Apakah yang dimaksudkan dengan migrasi dalaman (5)

b)  Huraikan pola migrasi dalaman yang dialami oleh negara Malaysia (8)

c) Bincangkan tiga faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di Malaysia (6)

d)  Terangkan kesan negatif migrasi dalaman terhadap kawasan destinasi (6)