GEOGRAFI STPM KERTAS 1 DAN 2

KAJIAN KES (PERALIHAN DEMOGRAFI DI MALAYSIA)
Home
GEOGRAFI KERTAS 1
GEOGRAFI KERTAS 2
SOALAN SOALAN STPM 2005 - 2010

PERALIHAN DEMOGRAFI DI MALAYSIA

- MALAYSIA JUGA MENGALAMI TRANSISI TETAPI BELUM MENCAPAI PERINGKAT KETIGA. NAMUN BEGITU SUDAH BERADA PADA TAHAP AKHIR PERINGKAT KEDUA DAN SEDANG MENUJU KE PERINGKAT PASCA.
 
- DARI SEGI EKONOMI, MALAYSIA SUDAH BERUBAH KEPADA CIRI CIRI EKONOMI MODEN APABILA SEKTOR INDUSTRI DAN PERKHIDMATAN MENDOMINASI STRUKTUR EKONOMI NEGARA.
 
- SEKTOR PERTANIAN SUDAH JATUH KE TAHAP KETIGA SELEPAS SEKTOR INDUSTRI DAN PERKHIDMATAN DALAM KONTEKS SUMBANGAN DALAM KDNK.
 
- NAMUN SEKTOR PERTANIAN MASIH LAGI  MENJADI SEKTOR EKONOMI ASAS YANG TERUS MENJANA PERTUMBUHAN  SEKTOR SEKTOR EKONOMI YANG LAIN.
 
1. PERINGKAT PERTAMA
- BERLAKU PADA TAHUN 1920 SEHINGGA 1950 IAITU SEBELUM MERDEKA.
PERTUMBUHAN SEMULA JADI RENDAH KERANA KADAR KEMATIAN TINGGI WALAUPUN KADAR KELAHIRAN TINGGI.
- TAHAP PERUBATAN MUNDUR MENYEBABKAN PENYAKIT YANG MEMBAWA MAUT GAGAL DIKAWAL SEPERTI MALARIA DAN TAUN.
- MORTALITI BAYI TINGGI DAN JANGKA HAYAT RENDAH.
- ANTARA 1940 HINGGA 45 TERDAPAT PENURUNAN YANG AGAK BESAR KERANA MENGALAMI PERANG DUNIA KEDUA YANG MEMPERLIHATKAN PENURUNAN DALAM KADAR KELAHIRAN DENGAN BEGITU KETARA.
 
2. PERINGKAT KEDUA
- FASA AWAL (1945 hingga 1960)
 
- TAMAT PERANG DUNIA KEDUA MEMBOLEHKAN KESTABILAN POLITIK WUJUD SEMULA. TARAF HIDUP MENINGKAT SETELAH MENCAPAI KEMERDEKAAN.
- GRAF MENUNJUKKAN PENINGKATAN YANG KETARA AKIBAT KEJATUHAN KADAR KEMATIAN
- KEMUDAHAN KLINIK DAN KESIHATAN MULA DIBANGUNKAN DENGAN PESAT. DAN BILANGAN DOKTOR BERTAMBAH.
 
- FASA PERTENGAHAN (1960 - 1990)
 
- KETIGA TIGA KOMPONEN DEMOGRAFI MENCATAT PENURUNAN.
- NAMUN TREND DEMOGRAFI MALAYSIA TIDAK SEKATA KERANA MENCATATKAN PENINGKATAN DAN PENURUNAN
- PENURUNAN DALAM KADAR KEMATIAN DAN KELAHIRAN MENUNJUKKAN MASYARAKAT TELAH MENDAPAT KEMUDAHAN KESIHATAN YANG BAIK.
- KESEDARAN UNTUK MEMILIKI KELUARGA YANG SEIMBANG TELAH MENINGKAT.
- KEMAJUAN DALAM PENDIDIKAN (WANITA)
 
FASA AKHIR (1990 HINGGA KINI)
 
- KADAR KADAR JELAS MENURUN DAN MENUJU KE ARAH KESTABILAN DAN MANTAP.
- ANTARA TAHUN 2000 HINGGA 2004 PERTUMBUHAN PENDUDUK IALAH 2.3 DAN 2.4 SETAHUN DAN DIJANGKA BERTERUSAN.
- SELEPAS 2020 MODEL DEMOGRAFI DIJANGKA BERADA PADA TAHAP KETIGA.
 
 
 
 
LATIHAN.
 
 
1. HURAIKAN PERINGKAT PERALIHAN DEMOGRAFI YANG DIALAMI MALAYSIA BERMULA 1920 HINGGA KINI.        (10 MARKAH)
 
2. TERANGKAN CIRI-CIRI PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL YANG DIALAMI OLEH MALAYSIA SEPERTIMANA YANG DIGAMBARKAN DALAM MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI.                  (10 MARKAH)
 
3. NYATAKAN SECARA RINGKAS MENGAPA PERTUMBUHAN PENDUDUK DI MALAYSIA SELEPAS TAHUN 2000 MENJADI STABIL,    (5 MARKAH)