GEOGRAFI STPM KERTAS 1 DAN 2

PENDUDUK DAN ALAM SEKITAR
Home
GEOGRAFI KERTAS 1
GEOGRAFI KERTAS 2
SOALAN SOALAN STPM 2005 - 2010

1.5.1.   Pengenalan Umum Komponen Alam Sekitar & Sumber

 

Komponen Alam Sekitar terbahagi kepada 4:-

 

§     Biosfera

§     Litosfera

§     Hidrosfera

§     Atmosfera

 

i.                    Biosfera

 

§     Unsur-unsur melibatkan hidupan meliputi kws kerak bumi (litosfera) dan atmosfera.

§     Cth hidupan:  manusia, tumbuhan, bakteria, binatang2, spora dan lain-lain.

§     Setiap hidupan ada ekosistem (saling kebergantungan) biotik (hidup) & abiotik (bukan hidup).

§     #Kepentingan – kemandirian spesis flora & fauna, rantaian makanan, kajian.

 

ii.                  Litosfera

 

§     Kerak bumi (lapisan luar bumi yg membentuk benua dan pulau dan dasar lautan.

§     Ketebalan – 5 km (dasar laut) & 50 km (daratan).

§     Kandunagan utama – batuan & mineral sert tanih.

§     #Kepentingan – sumber batuan, mineral & utk sektor pertanian.

 

iii.                Hidrosfera

 

§     Meliputi sumber air: cth; laut, tasik, sungai. Lombong, air bawah tanah.

§     97.2% air masin dan 2.8% air tawar.

§     #Laut (perikanan & petroleum, gas asli) & menyederhanakan suhu.

 

iv.                Atmosfera

 

§     Lapisan udara – ketebalan lingkungan 1000 km.

 

 

KEPENTINGAN ATMOSFERA

 

Troposfera

· Sumber air, hidupan

· Sumber oksigen utk pernafasan

· Sumber karbon dioksida utk fotosintesis

· Pemantul cahaya matahari

2. Stratosfera

· Penangkis gelombang ultraungu

3. Mesosfera

· Menghalang / menghancurkan meteorit besar yang jatuh ke bumi

4. Termosfera

· Telekomunikasi

1.5.2    Alam sekitar fizikal sebagai sumber

 

-          Maksud sumber: - segala bahan yang ada dalam alam sekitar seperti mineral, hutan, lautan dan hidupan yang boleh diterokai dan digunakan untuk kehidupan manusia

-          Sumber terbahagi kepada dua iaitu sumber yang boleh diperbaharui iaitu bahan yang wujud secara berterusan dan boleh perbaiki. Contohnya angin, suria, ombak, tanih, hutan.

-          Sumber yang tidak boleh diperbaharui ialah sumber yang akan habis jika digunakan secara berterusan. Ia boleh dikategorikan kepada sumber yang tidak boleh dikitar semula seperti petroleum, arang batu dan gas asli. Dan sumber yang boleh dikitar seperti bijih timah, besi dan emas.

 

 

 

Tidak Boleh Diperbaharui

(boleh pupus)

Mineral

§Semua logam & bukan logam

§Cth Logam – emas, b. timah, b. besi, bauksit, kuprum

§Bukan Logam – petroleum, arang batu, gas asli.

Boleh Diperbaharui

§air

§tanih

§hutan

§udara

Sumber alam semula jadi

 

 

 

1.5.3    Daya tampung prsekitaran fizikal

 

1.5.3.1 Kepentingan sumber alam kepada manusia

 

Sumber Alam

Kepentingan

i) Hutan

§  sumber oksigen

§  ekopelancongan, rekreasi

§  ubat-ubatan (herba tradisional)

§  tadahan hujan

§  kepelbagaian diversiti (biodiversiti)

§  R&D (kacukan poko ,ubatan)

§  makanan (petai,jering)

§  sumber pendapatan- (balak) – cengal, merbau

§  peluang pekerjaan (pembalak)

§  produk hiliran (perabot)

ii) Air

§  Kegunaan domestik (minum, masak, mandi, basuh)

§  sektor perindustrian berasaskan minuman &makaanan dan industri besi & keluli (penyejukan)

pengiran tanaman (padi)

iii) Mineral

§  sektor pembinaan bangunan (tiang konkrit, bt. kelikir)

§  industri pembuatan (besi & keluli, sadur tin, tin minuman)

§  menjimatkan tukaran matawang (kegunaan tempatan)

§  Tenaga elektrik (arang batu, petroleum, gas asli)

peluang pekerjaan

iv) Tanah-tanih

§  sektor pertanian (aluvium-padi)

Tapak pembinaan (petempatan, perindustrian)

 

 

1.5.3.2  Konsep daya tampung sumber alam

 

#          Sumber ada daya tampung (terhad)

 

Daya tampung sumber = keupayaan sesuatu sumber memenuhi & menampung

                                            keperluan penduduk aras dan tempoh tertentu . Ia bergantung kepada

-          kuantiti dan kualiti stok

-          keupayaan teknologi

-          penggunaan sumber yang cekap dan berterusan

-          kawalan pertumbuhan penduduk

            Cth: penduduk ramai, sumber terhad menyebabkan:

·                     Kekurangan makanan

·                     Kebuluran

·                     Wabak penyakit

·                     Krisis air, tenaga

·                     Kehilangan sumber warisan

·                     Kesejahteraan hidup manusia terjejas

 

* Jelaskan konsep lebihan penduduk, kurang penduduk dan penduduk optimum

 

1.5.3.3 Langkah2/ usaha memastikan daya tampung sumber secara berterusan (*Cth: Sumber Hutan)

 

1.                  Langkah perundangan

 

·                    Kuatkuasa undang2 (denda/penjara)

·                    Wujudkan akta perhutanan

·                    Pemantauan (jabatan hutan)

 

2.                  Langkah Pengurusan

 

·                    Wartakan taman negara

·                    Tanam semula hutan

·                    Rawatan silvikultur

·                    R&D (FRIM)

·                    Kuota

·                    Lesen pembalakan

·                    Penebangan terpilih (pokok matang)

 

3.                  Langkah Pendidikan

 

·                     Kempen (cintai hutan)

·                     Penerapan dalam sukatan pelajaran (Geografi, Alam Sekitar, Kajian Tempatan)

 

 

1.5.4        Kesan pertumbuhan dan tumpuan penduduk terhadap alam sekitar

 

1.5.4.1 Kesan pertumbuhan penduduk

 

Kesan negatif

 

·                     Kesan kpd sumber air – penerokaan hutan oleh manusia (pertanian & petempatan – tadahan air kurang, sumber air kurang & merosot, air tercemar (sisa domestik & kumbahan)

·                     Kesan kpd sumber hutan – kayu berharga pupus (cengal)

·                     Kesan kpd mineral – semakin berkurangan/pups (emas, b. Timah)

·                     Kesan kpd sumber udara – udara tercemar (kilang, kenderaan, pembakaran terbuka)

·                     Kesan kpd ketidakseimbangan ekosistem – kitaran oksigen dan karbon dioksida

 

Kesan positif

 

·                     Sumber dapat dimanfaatkan sepenuhnya dgn adanya buruh yg ramai

·                     Kawasan baru dpt dimajukan

 

 

1.5.4.2 Sebab berlakunya kemusnahan alam sekitar di kawasan tumpuan penduduk

(Cth Kuala Lumpur)

 

·                     Kurang kesedaran sivik terhadap alam sekitar

·                     Kurang pegawasan

·                     Kurang pengurusan

·                     Sikap Imigrasi – tiada kecintaan terhadap negara

 

1.5.4.3 Langkah mengurangkan kesan kemusnahan alam sekitar

 

1.                  Perundangan

 

·                    Wujudkan akta (Akta Alam Sekeliling 1974) – mudahkan pendakwaan

·                    Akta/ ordinan (Cth: Akata Perhutanan Negara) – hukuman kpd pesalah dlm sektor pembalakan.

·                    Agemsi pelaksanan (JAS, JPS, PBT) – pemantauan berterusan

·                    Penguatkuasaan – hukuman,denda, kompaun

·                    Prosedur EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar/Enviroment Impact Assesment) – dikemaskini bg semua projek pembinaan

 

 

 

2.                  Bukan Perundangan

 

·                    Kitar semula, adakan kempen kesedaran orang ramai

·                    pematuhan peraturan

·                    Melibatkan diri dlm kursus/ pndidikan alam sekitar

·                    Menyertai NGO -  MNS (Malayan Nature Society), Peratuan Pengguna

·                    Sikap orang ramai (harmoni dgn alam sekitar)                     

 

 

 

 

Latihan kendiri

 

1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan daya tampung sumber alam (4)

b) Nyatakan tiga contoh sumber alam yang merosot (3) 

c) Huraikan mengapa daya tampung sumber alam semakin merosot (10)

 d) Bincangkan langkah bukan perundangan untuk menjamin keberterusan sumber alam di sesebuah negara (8)