GEOGRAFI STPM KERTAS 1 DAN 2

MIGRASI
Home
GEOGRAFI KERTAS 1
GEOGRAFI KERTAS 2
SOALAN SOALAN STPM 2005 - 2010

1.4       MIGRASI

 

1.4.1   Jenis migrasi

 

a)         Migrasi dalaman

§     Perpindahan penduduk melintasi sempadan dlm sesebuah negara (daerah, luar bandar, negeri, bandar dan sebagainya.

 

b)         Migrasi antarabangsa

§     Perpindahan melibatkan sempadan politik antarabangsa (negara, benua).

 

1.4.2    Jenis migrasi dalaman

 

1.            Luar bandar ke bandar

2.            Bandar ke bandar

3.            Bandar ke desa

4.            Luar bandar ke luar bandar

Faktor mempengaruhi migrasi dalaman

 

§    Ekonomi – peluang pekerjaan lebih lumayan

§    Sosial – melanjutkan pelajaran ke IPT

§    Bencana alam – banjir/tanah runtuh

§    Dasar kerajaan – program pembangunan wilayah (FELDA,FELCRA), polisi pembandaran.

 

Kesan migrasi dalaman

 

Positif

 

§    Meningkatkan pembangunan sumber alam di tempat destinasi.

§    Kurangkan masalah kependudukan di tempat asal.

 

Negatif

 

§    Tekanan terhadap sumber alam – tanah.

§    Pencemaran & kerosakan sumber alam.

§    Kepupusan sumber.

§    Masalah ekonomi – pengangguran, taraf hidup rendah, pendapatan menurun, krisis tenaga kerja.

§    Kesan sosial/ jenayah- setinggan, dadah, samun, ragut.

§    Pembaziran sumber (tempat asal).

 

1.4.3    Kemahiran amali – Guru membimbing murid cara memplot peta aliran & mentafsir

                                               data

 

1.4.4    Migrasi antarabangsa semasa

 

1.4.4.1 Pola

 

i)          Arah aliran

 

§  Hasil MOU (Malaysia & Vietnam) – persetujuan bawa masuk buruh Vietnam untuk sektor pembinaan - buruh Indonesia untuk sektor pembinaan, perladangan, pembantu rumah.

§  Penduduk Asia ke Australia – bekerja & menetap di Australia.

 

ii)         Isipadu aliran (jumlah)

 

§  Indonesia paling ramai (83%), diikuti Bangladesh, Thailand, Filipina, India &  Myanmar.

§  Jumlah  imigran dianggarkan 1.25 juta.

 

iii.)       Komposisi aliran

 

§  Golongan umur 20 – 40  tahun.

§  Lelaki – sektor pembinaan, kilang & perladangan.

§  Perempuan – pembantu rumah, kilang.

 

1.4.4.2  Faktor mempengaruhi migrasi antarabangsa semasa (khusus merujuk Malaysia)

 

§     Ekonomi stabil

§     Peluang kerja dan gaji tinggi

§     Krisis ekon di negara asal

§     Nilai mata wang tinggi di M’sia

§     Pembangunan ekon meningkat tetapi kurang buruh

§     Sosial

§     Budaya serumpun/sama (agama & budaya)

§     Hubungan persaudaraan yang telah wujud

§     Dasar Kerajaan

§     Dasar utk meningkatkan sektor pertanian – buruh diperlukan

§     Adanya MOU & hubungan diplomatik

§     Politik

§     Letakan berhampiran & jarak dekat

§     Ketidakstabilan politik negara asal

§     Bencana alam

§     Gempa bumi, tsunami, gunung berapi, banjir

 

1.4.4.3 Kesan migrasi antarabangsa terhadap negara yang ditujui (Cth: Malaysia)

 

Positif

§  Penawaran tenaga buruh ramai bagi menjana pembangunan.

 

Negatif

§  Masalah sosial/jenayah.

§  Kesesakan lalulintas.

§  Setinggan (Sg Damansara).

§  Pencemaran (udara,tanih, air).

§  Kesihatan (wabak penyakit).

Latihan kendiri

 

1. a ) Apakah yang dimaksudkan dengan migrasi dalaman (5)

b)  Huraikan pola migrasi dalaman yang dialami oleh negara Malaysia (8)

c) Bincangkan tiga faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di Malaysia (6)

d)  Terangkan kesan negatif migrasi dalaman terhadap kawasan destinasi (6)