GEOGRAFI STPM KERTAS 1 DAN 2

PERTUMBUHAN PENDUDUK

Home
GEOGRAFI KERTAS 1
GEOGRAFI KERTAS 2
SOALAN SOALAN STPM 2005 - 2010

Enter subhead content here

1.3       PERTUMBUHAN PENDUDUK

 

Konsep  :

Pertumbuhan penduduk semulajadi  - perubahan sama ada bertambah atau berkurangan saiz penduduk di sesebuah negra secara semula jadi iaitu hanya mengambil kira faktor kelahiran dan kematian.

 

1.3.1    Trend penduduk dunia

 

 

mengira kadar petumbuhan tahunan penduduk dunia & Malaysia dgn formula

 

r = 1/n Log e (Pn/Po) X 100

r = kadar pertumbuhan

n = bilangan tahun

pn = jumlah penduduk tahun semasa

po = jumlah penduduk tahun asas

Contoh

1990 – bilangan penduduk = 16 j

2000 -  bilangan penduduk 24 j

n = 2000 – 1990 =10

r = 1/10 In (24/16) x 100

   = 0.1 In  1.5 x 100

   = 0.1 x 0.4 x 100

r  = 4%

 

sila kira  kadar pertumbuhan penduduk

 

2010 – bilangan penduduk 26 juta

2000 – bilangan penduduk 24 juta

 

Latihan

  1. Penduduk dunia pada tahunn1950 ialah 2.52  billion dan telah bertambah kepada 6.13 billion pada tahun 2000. Kirakan kadar pertumbuhan penduduk dengan menggunakan formula di atas.

 

1.3.2    Proses pertumbuhan penduduk

 

1.                  Kadar pertumbuhan penduduk – angka yg menunjukkan arah pertumbuhan penduduk sama ada pesat, perlahan, statik atau berkurang dlam tempoh tertentu.

 

- pertumbuhan penduduk = jumlah kelahiran – jumlah kematian x 1000

    jumlah penduduk

- kadar pertumbuhan semula jadi = % kadar kelahiran - % kadar kematian

- kadar kelahiran = bilangan kelahiran x 1000

                               Bilangan penduduk 

- kadar kematian = bilangan kematian x 1000

                               Bilangan penduduk

- migrasi bersih = migrasi  masuk – migrasi keluar

- kadar pertumbuhan penduduk = kadar pertumbuhan semulajadi – migrasi bersih.

 

Latihan

  1. Bilangan  penduduk  Malaysia pada tahun 2000 ialah 21, 793,293 orang

Bilangan kelahiran ialah 551, 370 orang

Bilangan kematian ialah 11,  414 orang

Migrasi masuk 20, 000 orang

Migrasi keluar 5, 000 0rang

 

Kirakan :

a)      kadar kelahiran kasar

b)      kadar kematian kasar

c)      Peratus kadar kelahiran

d)     Peratus kadar kematian

e)      Kadar pertumbuhan penduduk semulajadi

f)       Migrsi bersih

g)      Kadar pertumbuhan penduduk

 

1.3.3 Faktor mempengaruhi pertumbuhan penduduk

 

1.                  Kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah dipengaruhi oleh taraf kesihatan baik, prasaran kesihatan cukup & sistem perubatan cekap.

2.                  Kesuburan meningkat – amalan kahwin muda.

3.                  Sumber makanan seimbang – revolusi hijau, tiada kebuluran, kurang kematian.

4.                  Program perancangan keluarga – gagal di negara membangun kerana taraf pendidikan, budaya & adat.

5.                  Faktor sosial – pendidikan rendah.

6.                  Kestabilan politik – aman, tiada perang.

7.                  Dasar Kerajaan – Kempen 70 juta menjelang 2100, rebat cukai, cuti bersalin, rawatan percuma.

8.                  Kadar migrasi bersih – tinggi (PATI).

9.                  Agama – Islam (ramai umat), Cina (perlu anak lelaki sbg pewaris).

1.3.4    Kesan pertumbuhan penduduk

 

Kesan negatif

 

1.      Tekanan terhadap sumber alam – persaingan guna tanah pertanian, petempatan, pembangunan prasarana.

2.      Kemerosoran/kepupusan sumber – sumber yang tidak boleh diperbaharui.

3.      Pencemaran & kerosakan sumber – air,udara,tanih

4.      Kemiskinan & kemunduran

5.      Kekurangan bekalan sumber makanan

6.      Kesan sosial – taraf pendidikan dan kesihatan rendah

 

Latihan Kendiri

1.         a) Huraikan faktor sosial dan ekonomi yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk di sesebuah negara                                                                       (10)

            b) Huraikan kesan negatif terhadap sosioekonomi sesebuah negara akibat pertumbuhan penduduk yang terlalu pesat                                                   (10)

Enter supporting content here