Make your own free website on Tripod.com

GEOGRAFI STPM KERTAS 1 DAN 2

PEMBENTUKAN LANDSKAP DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP
Home
GEOGRAFI KERTAS 1
GEOGRAFI KERTAS 2
SOALAN SOALAN STPM 2005 - 2010

SUB TOPIK
 
LULUHAWA
LEMBANGAN SALIRAN
PINGGIR PANTAI

Enter content here

Enter content here

 
 
LULUHAWA
 
Hasil pembelajaran
1. menghuraikan proses luluhawa
2. menghuraikan faktor yang mempengaruhi proses luluhawa
3. membincangkan kesan luluhawa terhadap pembentukan landskap dan aktiviti manusia.
 
 
Konsep luluhawa
 
Proses penyepaian atau pemecahan batuan besar kepada serpihan yang lebih kecil secara insitu. Unsur unsur luluhawa ialah suhu, hujan, fros, biologi dan sebagainya.
 
Jenis luluhawa
1. Fizikal
2. Kimia
3. Biotik
 
Proses-proses luluhawa fizikal
 
1. Proses kembang kecut
aktif berlaku di gurun panas. ketiadaan litupan awan pada waktu siang dan malam menyebabkan berlaku julat suhu harian yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan batuan mengembang pada waktu siang (suhu tinggi sehingga 45) dan mengecut pada waktu malam (suhu jatuh sehingga -) dan akhirnya batuan tersepai.
 
 
 
 
 
 
 
 

Penghabluran garam
 
1. giat berlaku di gurun panas. Kadar sejatan tinggi menyebabkan air di bawah tanah tertarik ke permukaan oleh proses kapilari dan tersejat di permukaannya.
 
2. semasa berlaku sejatan, butir-butir garam akan tertinggal di lapisan berhampiran dengan permukaan batuan.
 
3. longgokan ini menghasilkan hablur hablur garam halus dan tersekat di celah retakan batuan dan akhirnya memberikan tekanan kepada struktur batuan.
 
4. bentuk bumi dihasilkan ialah nic, gua cetek  dan lubang batu pasir

Tindakan Fros
 
1. aktif berlaku  di kawasan pergunungan bersalji dan kawasan iklim sederhana sejuk.
 
2. air hujan akan bertakung di rekahan rekahan batuan semasa musim panas.
 
3. pada musim sejuk suhu jatuh sehingga bawah takat beku menyebabkan air membeku.
 
4. proses pembekuan menambah isipadu  dan mengenakan tekanan terhadap dinding-dinding menyebabkan rekahan semakin besar dan akhirnya hancur.
 
5. pecahan berbentuk bongkah atau serpihan bersegi-segi. Longgokan di kaki bukit membentuk talus (debris).
 
 

Proses pembasahan dan pengeringan
 
1. sangat penting di kawasan yang mengalami musim kemarau dan lembap yang nyata. (savana dan monsun tropika kering). Kerpasan yang brlebihan di musim lembap menyebabkan batuan mengembang.
 
2. pada musim kering batuan menguncup dan mewujudkan tegasan terhadap struktur batuan menyebabkan lapisan luar batuan merekah dan  tercerai dari lapisan induknya.
 
3. contohnya, batu syal yang mengandungi banyak tanah liat akan pecah menjadi serpihan.
 
 
 

Pelepasan tekanan
 
1. batuan yang terdapat di bawah permukaan bumi mengalami pelepasan tekanan apabila didedahkan.
 
2. proses hakisan dan tindakan manusia menyebabkan batuan terdedah ke permukaan.
 
3. proses ini mengurangkan tekanan beban secara tiba-tiba dan perubahan mendadak ini menyebabkan batuan mengalami tegasan lalu mengembang sehingga pecah dalam bentuk kepingan.
 
 
 

LULUHAWA KIMIA
 
DEFINISI
 
proses pereputan batuan secara insitu dengan bantuan agen-agen luluhawa. Proses ini melibatkan perubahan kandungan kimia batuan.
 
 
Proses-proses luluhawa kimia
 
Larutan
 
1. berlaku ke atas mineral yang mudah larut seperti batu kapur dan dolomit.
 
2. air hujan yang mengandungi asid karbonik lemah melarutkan permukaan batuan.
 
3. kadar larutan bergantung kepada isipadu air hujan yang diterima dan komposisi kimia batuan seperti kalsium, natrium dan magnesium yang lebih mudah larut berbanding dengan silika. Manakala silika lebih mudah larut berbanding oksida besi dan aluminium.
 
4. Proses larutan menyingkirkan galian yang mudah larut dan meninggalkan sisa pepejal seperti besi dan alumunium di dalam tanah dan menggalakkan pembentukan tanah laterit.
 
5. Proses ini juga menghasilkan lubang lubang di dalam tanah atau batuan.
 
 
 
 
4.

Pengkarbonan
 
1. air hujan membentuk asid karbonik lemah mudah bertindak balas dengan batu kapur membentuk kalsium bikarbonat.
 
2. Proses pengkarbonan dan larutan dominan di kawasan karst dan menghasilkan pelbagai bentuk bumi karst
 
3. contoh : grike, clint, gua, stalaktit, stalagmit, tiang batu kapur.
 
 

Pengoksidaan
 
1. melibatkan perubahan yang berlaku akibat tindak balas udara dan air terhadap mineral dalam batuan terutamanya yang mengandungi unsur unsur besi.
 
2. besi yang teroksida menjadi besi oksida yang berwarna kekuningan .
 
3. proses pengoksiaan melemahkan struktur batuan sehingga berlaku penguaraian batuan.
 
4. antara mineral yang muah mengalami pengoksidaan ialah spirit, magnetit, mika dan hornblend.
 
 
 

Hidrolisis
 
1. proses tindak balas air dengan batuan.
 
2. berlaku apabila batuan menyerap air dan mengalami tindak balas kimia
 
3. tindak balas kimia ini sangat kompleks tetapi boleh melemahkan batuan untuk menghasilkan regolit tanah
 
4. tindak balas kimia berlaku apabila ion hidrogen dan ion hodroksil dari air bertindak dengan ion poristi dan negatif batuan.
 
5. batu granit yang mengandungi mineral kuarza, mika dan felspar akan direputkan oleh proses hidrolisis dan bertukar menjadi tanah liat putih atau kaolin yang lembut
 
4. apabila tanah liat ini terhakis akan memdedahkan bahagian dalam untuk diluluhawa sehingga seluruh struktur batuan granit luluh dan terurai.
 
5. mineral yang sukar direputkan akan tertinggal sebagai batu tongkol dan butiran pasir.
 
 
 

Hidratan
 
1. proses penambahan molekul air kepada sebatian galian
 
2. menghasilkan tegasan dalam struktur batuan dan akhirnya menyebabkan batuan terurai.
 
3. contohnya kalsium sulfat bertindak balas dengan air menyerapnya lalu membentuk satu bahan yang baru iaitu gipsum.
 
4. contoh lain - hematit bercampur air menghasilkan limonit.